Free4u
Semua orang ingin benda FREE
Sabtu, 15 November 2014
Fakta menakutkan pesakit Diabetes
Majoriti penghidap diabetes atau pradiabetes sering diberitahu mengenai komplikasi jangka panjang - serangan jantung dan strok, buta, penyakit buah pinggang dan penyakit saraf (neuropati) yang akhirnya boleh membawa kepada masalah ulser dan pemotongan jari, kaki dan anggota badan.
Fakta menakutkan
@ Risiko pemotongan kaki ialah 27.7 kaki lebih tinggi bagi pengidap diabetes
@ Separuh daripada semua pemotongan anggota yang dijalankan berlaku kepada penghidap diabetes.

Malaysia Negara Kelapan Dunia Pengguna Gula Tertinggi.
Diabetes di kaitkan dengan kandungan gula yang paling tinggi dalam darah. Tahukan anda apa itu gula? Ia adalah benda berbintil berwarna putih dan kita ambil dengan mencampurkan di dalam pelbagai makanan. Rasa gula merembeskan hormon ' rasa sedap' dalam otak dan ini menjelaskan kenapa rakyat malaysia ketagih racun yang manis ini.
Tahukan anda , Malaysia sebuah Negara yang agak kecil dengan jumlah penduduk kurang 28 juta orang adalah pengguna gula KELAPAN paling tinggi di dunia? Berada di kedudukan kelapan dunia daripada 195 buah negara dan keempat di Asia bukan sesuatu yang kita boleh banggakan.

Isnin, 10 November 2014
Macam macam petua
Hilangkan Lemak dalam Sup
BIASANYA bila anda membuat sup lemaknya akan berkumpul di bahagian atas. Lemak dalam masakan sup boleh dihilangkan dengan cara menggunakan kertas tisu.
Letakkan perlahan-lahan kertas tisu di permukaan sup dan tarik keluar.
Anda akan dapati lemak tadi melekat pada kertas tisu. Lakukan be-gini sehingga lemak tadi habis di-buang.Perlulah anda menukarkan ker-tas tisu setiap kali anda membuang lemak pada sup.
Elakkan Gula dari Semut
UNTUK mengelakkan gula dari didatangi semut ada pelbagai cara.
Kita boleh meletakkan sepiring air di bawah bekas gula tersebut atau kita boleh juga mencuba cara ini, iaitu memasukkan buah pala kedalam bekas gula tadi.Ini akan menjauhkan semut dari gula tersebut.
Kupas Bawang Dengan Mudah
Di waktu-waktu kenduri atau keramaian mengupas bawang yang banyak boleh menjemukan. Untuk memudahkan anda melakukan tugas ini apa kata anda cuba cara ini. Tuangkan sedikit air panas hingga menutupi permukaan bawang. tadi dan tutup.biarkan sebentar.
Apabila dibuka, kulit bawang akan merekah dari isinya. Ini akan memudahkan lagi kerja, bukan?.
Membersihkan kacamata
ADAKAH anda mengalami masalah membersih kaca mata? Cuba petua nenek kebayan ini. Bersihkan semua bahagian untuk menghilangkan habuk dan peluh yang melekat di celah bingkai kaca mata.
Setelah dibersih dengan sabun,lapkan dengan kain flanel hingga kering. Anda akan dapati kaca mata anda bersih dan berbau wangi.
Membersihkan kaca dengan kapor Tulis
ANDA mungkin mempunyai masalah membersih tingkap (kaca) dan juga cermin muka di rumah anda.
Jangan cepat berputus asa, cuba pula dengan membersihkan cermin tingkap atau sebarang cermin dengan menggunakan kapur tulis.Apa yang perlu dilakukan ialah ambil lima hingga enam batang kapur tulis, rendamkandalam sedikit air. Biarkan kapur tadi larut, kemudian dengan menggunakan span atau kain bersihkan cermin yang anda inginkan.
Biarkan sehingga air kapur tadi kering, kemudian dengan menggunakan kain bersih dan kering lapkan hingga kering. Anda akan dapati cermin anda berkilat.
Membersihkan kain bulu
BAGAIMANA cara anda membersihkan kain bulu seperti tuala mandi atau baju sejuk anda. Apakah yang anda dapati bila baju atau kain yang anda bersihkan itu telah kering. Jangan putus asa anda masih boleh mendapat hasil yang baik setelah membersihkannya. Caranya dengan merendamkan kain bulu dalam larutan cuka makan.
Campurkan satu sudu makan cuka ke dalam setengah baldi air dan rendam selama dua hingga tiga jam.
Kemudian bersihkan seperti biasa dengan menggunakan sabun untuk menghilangkan kesan cuka tadi. Bilas dengan bersih setelah kering anda dapati kain anda seperti baru.
Memotong roti sandwich
ADA ketikanya roti tidak cantik bentuknya bila dipotong. Roti akan menjadi pecah-pecah. Bagi mengatasi masalah ini, cubalah rendamkan pisau yang hendak digunakan untuk memotong roti dalam air panas mendidih.
Biarkan sehingga lebih kurang 15 minit. Kemudian angkat dan lapkan pisau tadi hingga kering.Potonglah roti tadi seperti biasa.
Cara mudah buang akar tauge
MEMB UANG akar tauge menjadi kemestian bagi sebilangan suri rumah sebelum memasaknya. Oleh itu, cara mudah membuangnya jika anda mempunyai terlalu banyak tauge ialah dengan menabur sedikit tepung kanji dan taburkan di atas tauge tersebut. Kemudian, ramas-ramaskan sedikit dengan pelahan. Nescaya akar tauge tersebut akan terpisah dan boleh diasingkan.
Hilangkan bau hanyir ayam
walaupun ayam tersebut baru sahaja kita beli tapi bau hanyir pada ayam tersebut tidak dapat dihilangkan. Bau tersebut akan kekal walaupun setelah memasaknya. Ini amatlah tidak menyenangkan. Satu cara yang boleh anda cuba ialah dengan menabur sedikit tepung gandum ke atas ayam tersebut dan biarkan seketika. Setelah itu cuci dan bersihkan ayam tersebut dan masaklah seperti sediakala.
Untuk mengetahui madu asli
DALAM dunia serba lengkap dengan teknologibaru ini, memang bukan mudah untuk membezakan antara yang asli dan tiruan. Di sini nenek kebayan syorkan untuk membezakan madu asti. Apabila madu asli ini dititikkan pada kertas suratkhabar, ianya tidak akan merebak atau merekah dan bila dikacau ia tidak mengeluarkan buih. Satu lagi, ialah madu asli akan terbakar bila dinyalakan.
Untuk menjernihkan minyak yang telah digunakan.
ADAKALA minyak yang baru dipakai sekali sudah hitam dan kotor. Cara mengatasi ini adalah mudah sekali dan boleh menjimatkan anda dari membuang terus minyak tadi.
Anda perlu masukkan kentang yang dihiris nipis ke dalam minyak tadi dan biarkan sebentar. Apabila
sudah agak jernih angkat kentang tadi dan minyak ini bolehlah gunakan lagi.

Jumaat, 19 September 2014
Menyesali dosa lalu
Suatu masa dulu ada seorang lelaki yang pernah melakukan dosa besar. Dia merasa berdosa, menyesali dan menangisi dosanya itu setiap hari selama 20 tahun sehingga matanya rabun dan dadanya terasa pedih kerana terlalu banyak menangis.Bertaubat seperti ini merupakan satu ibadah yang baik. Takutnya kepada Tuhan itu akan menjadi syafaat bagi dia di dunia dan di akhirat. Ini lebih besar dari solat dan puasa sunat. Sebab tujuan taubatnya tercapai iaitu mendapat rasa hamba. Ini satu anugerah dari Tuhan, sebab bukan mudah untuk mengingati apalagi menyesali dosa-dosa yang pernah kita buat berpuluh tahun yang lalu.Pada suatu hari Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah bertanya kepada Nabi SAW: "Wahai Rasulullah, "Apakah ada umatmu yang nanti dapat masuk Syurga tanpa hisab?"Jawab baginda, " Ada, iaitu orang yang mengenang dosanya lalunya dan dia menangis."
Mana boleh selepas solat kita rasa senang dan tenang. Patutnya kita rasa takut dan cemas sebab solat kita tidak sempurna, ada lalai dan cacat di sepanjang solat. Hati sepatutnya bertanya-tanya, solat aku ini Tuhan terima atau tidak? Tuhan redha atau tidak? Tuhan tidak pandang mata dan akal, tetapi Tuhan pandang hati manusia walaupun ibadah lahir mesti dibuat.
Firman Allah Taala:Terjemahannya: "Hari Qiamat iaitu hari (ketika manusia meninggalkan dunia ini) di mana harta dan anak tidak berguna lagi kecuali mereka yang menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy Syuara`: 88 - 89). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi Dia memandang hati dan amalan kamu." (Riwayat Muslim)
Jumaat, 19 November 2010
Awas santau Amalkan untuk elakkannya
Awas bila orang mengajak anda makan free - mengelakkan disantau , jika makan di kedai/gerai/restoran (alkuliyyah, 5/11/10)1) semasa memegang gelas letakkan jari kelingking di bawah gelas.2) baca 'bismillahillazi layadhurrumaasmihi shai'unfilardhi walafissamai' wahuwassami'ul'aliim.
Langgan:
Catatan (Atom)